Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
-Muhammad Iqbal

Wednesday, June 17, 2015

HADIRNYA TETAMU ISTIMEWA BUAT DIRIKU

Satu peringatan untuk sahabat-sahabatku juga untuk diriku, satu tetamu yang sangat mulia telah kembali semula, hampir setahun rasanya kita ditinggalkan. Kerana ianya sangat berharga dan sangat bermakna, makanya  kehadiran beliau  sering dinanti dan disedari bagi orang yang iman masih di hati. Hakikatnya, ramai yang menyedari kehadiran tetamu yang mulia itu, tetapi sejauh mana tetamu itu di manfaatkan sebaiknya. Semestinya,  tetamu mulia yang aku maksudkan adalah ramdhan. Banyak kiranya untuk aku nukilkan manfaat dari nya, tetapi mungkin diartikel ini akan aku nukilkan kepada 2 sahaja terlebih dahulu. 2 manfaat yang apabila kita gunakan sebaiknya dapat memberikan jutaan impak dalam diri. Ramdhan ini Ianya adalah bulan Al-Quran dan bulan memperbaiki diri.

Apabila kita menyebut bulan  AlQuran, secara tidak langsung akan kita fahami, bulan di mana diturunkan  Al Quran sesuai dengan yang kita fahami dalam surah Al Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud:
Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat inggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (QS.  Al Baqarah: 185)




Kenapa bulan ini dilihat sebagai satu bulan yang istimewa apabila Al Quran diturunkan?
الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ
bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an
 Imam Ibnu Katsir memaparkan, “Allah Ta’ala memuji bulan Ramadhan diantara bulan-bulan lainnya. Yaitu dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya Al Qur’an Al Azhim” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/501). Kerana ada sesuatu di dalam Al Quran yang menjadi satu puzzle yang hilang dalam hidup manusia satu ketika dahulu. Ya, Al Quran mempunyai panduan yang paling tepat dalam manusia membuat keputusan. Ini dijelaskan dalam ayat sambungan.


sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)
Hidup manusia yang penuh dengan memilih keputusan dan membuat pemilihan, memerlukan Al Quran sebagai penyelesaian. Bukan itu sahaja, Al Quran juga merupakan ubat mujarab bagi jiwa manusia. Al Quran ini merupakan pakar motivasi terbaik yang pernah ada. Seharusnya dan semestinya perlu untuk orang beriman itu menjadikan Al Quran itu teman serapatnya untuk didengari, dibaca, dijadikan penawar jiwa, ditadabbur dan di praktikan dalam kehidupan untuk menghadapi banyakkanya ranjau dalam kehidupan. Cita-cita untuk khatam juga tadabbur Al Quran semestinya wajib ada dalam setiap minda manusia yang bergelar muslim.

Seterusnya, Ramadhan ini juga merupakan bulan ketaqwaan. Kewujudan Al Quran itu telah menjadi sumber utama untuk seorang itu merubah diri menjadi yang lebih baik. Kerana fitrah manusia itu berhajat untuk berubah kepada kebaikkan. Allah telah menyediakan tetamu istimewa ini, yang mana didalamnya itu, di sediakan suasana dan udara yang kondusif untuk terus beramal dan beribadah kepada Allah. Maha Pengasihnya Allah, dipenjara nya syaitan agar mudah hambanya untuk melalui proses tazkiyatunnafs, penyucian jiwa. Allah membuka pintu syurga seluasnya.

Jika telah datang bulan Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dibelenggu” [Muttafaqun ‘alaihi]

Tambahan lagi, jika kita perhatikan arahan puasa di dalam ayat ke 183 surah Al Baqarah menampakkan yang matlamat puasa yang akhirnya adalah untuk menjadikkan hambaNya yang berpuasa itu menjadi orang bertaqwa. Apakah kaitan taqwa dan puasa. Apabila kita memahami definisi puasa itu secara meluas bukannya adat maka akan kita tahu betapanya puasa ini merupakan hubungan kita secara total dengan pencipta kita.
Berpuasanya kita tidak ada juru audit manusia yang menilai, sabar kita, mata, telinga dan segala anggota tubuh yang kita gunakan semuanya bergantung kepada iman yang kita punyai. Jika kita berbuka dengan makan, minum, mengumpat, melihat perkara yang tidak baik yang menyebabkan terbatalnya puasa tidak ada manusia yang ketahui. Tetapi ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui segalanya. Ini mengapa puasa ini melatih sifat taqwa dalam diri hamba.  Ianya melatih kita mencapai tingkatan ihsan, yang melaksanakan segala arahan seperti melihat Allah sedang dia tidak dapat melihatNya.
Dan dengan beroleh darjat taqwa ini, ia merupakan satu keistimewaan yang sangat besar di sisi Allah. Kerana telah termaktub dalam kitabNya yang mulia,

Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian” (QS. Al Hujurat: 13)

Sesungguhnya apa lagi yang kita kejari selain daripada mulianya kita disisi pencipta.
Justeru kemuliaan yang ada pada tetamu kita ada patut kita ambil sebaiknya. Semoga sebaik keluarnya tetamu ini, darjat taqwa itu dapat kita kecapi, jiwa kita semakin terubat dan Al Quran itu dapat hidup sebati dalam jiwa manusia yang bergelar hamba. Akhir kata, suka untuk dikongsikan betapa ruginya manusia yang keluar nya tetamu ini, tidak langsung ada perubahan dalam hidupnya,


 Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” [Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Thursday, January 8, 2015

JDK (Juang Dengan Kesungguhan) WT 2014


Assalamualaikum buat adik-adik JDK dan juga sahabat seperjuangan yang akan melalui pelbagai ranjau kehidupan selepas ini. Pertamanya, maaf sekiranya sepanjang program ana tidak banyak membantu untuk adik-adik meningkatkan iman.Tetapi, ketahuilah bahawa ana melihat setiap diri adik-adik sebagai satu aset untuk dijadikan penjaga agama islam.

Tarbiyah, mungkin suatu yang biasa didengari, tetapi tidak ramai sedar apa intipati istilah ini. Sepanjang program, elemen-elemen tarbiyah itu sering kita terapkan agar adik-adik dapat berusaha berubah menjadi yang lebih baik. Suasana yang soleh, contoh dari pakcik, makcik abang dan kakak fasi.Benda ini kami wujudkan agar adik-adik dapat merasai suasana yang kondusif untuk meningkatkan iman.

Ketahuilah adik-adik ku dengan imanlah kita akan  jadi manusia yang luar biasa. Terlampau ramai manusia mengejar untuk menjadi hebat dan popular. Tetapi tahukah adik-adik, apakah yang menyebabkan diri kita ini diiktiraf sebagai hebat, Allah telah memberi tahu kita bagaimana untuk menjadi yang terbaik.

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Ali Imran : Ayat 139)
Dengan ke IMAN nan lah diri adik-adik akan menjadi mulia dan hebat. Tidak kira lah apa jua kerjaya yang akan diceburi. Apa jua masalah yang dihadapi. Kerana musibah akan sentiasa ada. Dan imanlah akan memuliakan kita. Tanpa iman ini segala masalah tidak akan selesai, pemimpin yang zalim akan terus dilahirkan. Penindasan ekonomi, korupsi dan banyak lagi penyakit jiwa akan merebak.


Bagaimana untuk pastikan iman kita kekal sihat? Tarbiyah lah jawapannya. Tarbiyah untuk menyucikan diri dari kekotoran dan karat pekatnya jahiliyah dalam diri. Kemudiannya tarbiyah tidak cukup jika ia tidak dipraktikkan dengan dakwah. Tidak cukup untuk adik-adik hanya baik solat puasa sunat tetapi kawan-kawan sekelililing tidak langsung mendapat manfaat.

Proses-proses yang dilalui ini seharusnya tidaklah boleh dilalui bersendirian. Perlu ianya bersama kawan-kawan untuk mewujudkan suasana yang soleh agar tarbiyah bisa berjalan. Maka tidak dapat tidak adik-adik mestilah mencari suasana yang soleh ini. Carilah abang-abang dan kakak-kakak HALUANSiswa contohnya untuk kekal dalam proses semaian iman ini.

Iman yang kita cuba bina bersama adalah sumber kekuatan untuk adik-adik keluar berkerja. Tolakan iman yang benar akan menghasilkan individu yang mempunyai matlamat yang benar, yang bukan melihat dunia dengan kaca mata jahiliyiah tetapi melihat dunia dengan kaca mata islam. Melihat manusia dengan penuh pengharapan untuk membawa mereka kepada Allah.
Adik-adik telah melalui banyak modul yang amat berharga. Di luar nanti tidak ada sesiapa yang memimpin adik-adik untuk terus taat, malah ramainya mereka yang mengajak adik-adik untuk tunduk kepada manusia dan menharapkan kepada dunia semata. Kenangan manis yang ada teruslah disimpan.

Ketahuilah adik-adik yang aku cintai kerana Allah, tidaklah aku sanggup korbankan masaku untuk bersama kamu, jika tidak hanya kerana untuk memimpin tangan-tangan kamu semua untuk menuju redha Nya. Dan, agar dapat kamu tarik tanganku jika aku tergelincir dalam lembah kemaksiatan dan jauh dari Allah. Bersama kita terus berusaha agar kita ini benilai di sisi Allah.

#penggantiKemKomJDKWT2014