Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
-Muhammad Iqbal

Monday, September 26, 2011

Bersahabat

4 bulan cuti adalah masa yang amat panjang. Ianya juga adalah masa yang sesuai utk menelaah dan meningkatkan ilmu dalam diri. terutamanya ilmu2 untuk mengenal Allah dengan lebih mendalam. Ketika itu, tanganku tergerak untuk mencapai sebuah buku karangan imam tersohor. Mood membaca ku tidak pula hadir ketika itu, Helaian demi helaian diselak utk ku dapatkan tajuk yang menarik. 

Tiba2 mata ku terhenti melihat satu tajuk yang ringkas, tetapi menarik. 'Tiga jenis sahabat'.

"Tiga jenis?? Pada ku semua sahabat adalah sama, tidak perlu untuk aku membezakan." diriku tertanya sendirian.  Mengapa perlu penulis mulia ini membahagikan sehingga tiga sahabat. 

Aku teruskan bacaan ku lagi. Kawan yang dijelaskan dalam buku itu, ialah kawan seperti RACUN. Kawan seperti ini haruslah dijauhkan agar diri kita terselamat dari pelbagai fitnah. Mungkin kita menyangka diri ini  sudah kuat sehingga segala gelombang jahiliah dapat ditepis tanpa terlarut ke dalamnya. Tetapi ingatkah kita pada satu pepatah ini, mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu, sebagai seorang daie, kita haruslah menjadi seorang tabib atau doktor bagi meneutralkan semula racun2 tersebut. Mereka tidak dapat memberi manfaat kepada kita sehingga penyakit mereka itu bisa disembuhkan. Kemudian dari sebuah blog ini, http://tehbri.blogspot.com/2009/10/racun-racun-dalam-pergaulan.html penulis blog ini mengariskan beberapa ciri2 sahabat racun ini.

a. Mereka yang bercakap, tetapi percakapan itu tidak ada faedah.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ada menjelaskan:
“Sesiapa yang beriman pada Allah dan Hari Akhirat hendaklahbercakap yang baik atau duduk diamsahaja.

b. Orang yangmendengar tetapi tidak dapat atau tidak mahu men­gambil faedah daripada pendengarannya. Dia datang sebagai penden­gar tetapi tidak mengambil faedah. Ini dikira kuman yang perlu diubati (misalnya tidur semata-mata, membuang masa dan membuang tenaga).

c. Orang yang tidak mengenal diri. Apabila berada dalam masyara­kat maka dia tidak mengenal dirinya. Dia tidak tahu meletakkan diri di tempat yang betul. Lalu dia larut dalam masyarakat.

d. Orang yang memberi nasihat tetapi tidak tahu adab-adab memberi nasihat. Dia tertipu dengan percakapannya sendiri.

Kemudiannya, Kawan seperti Ubat. Ciri2 ubat  yang kita jelas ialah, ubat ini amat penting, tetapi amat berbahaya jikalau diambil berlebihan ataupun dengan kata lainnya, ia tidak bermanfaat. Kawan seperti ini adalah seperti kenalan yang kita berjumpa bila perlu sahaja.

dan yang terakhir untuk aku kongsikan ialah, kawan seperti Makanan. Kawan seperti ini amatlah kita perlukan. Makanan yang ingin digambarkan bukanlah bermaksud mencari kawan yang boleh belanja makan. tetapi, kawan makanan itu bermaksud kawan yang amat diperlukan setiap masa. Ianya dapat memberikan kita tenaga, memberi sokongan kekuatan dalam kerja2 yang dagang ini. Ianya matlah penting, kerana jasadiah, rohaniah dan aqliah kita tidak dapat dijana dengan sendirinya. Ia memerlukan sokongan. Dan sokongan dan bantuan dapat deperoleh dari kawan yang memberi makanan.

Tetapi! haruslah kita sedar, masyarakat sekarang semakin tidak berminat dengan makanan yang lazat ini. Mereka digelar tidak sporting, kolot, not open minded gtuh, dan sebagainya lagi. Impaknya, masyarakat lebih gemar memilih sahabat yang racun ini, yang mana katanya mereka itu up to date. Haraplah.. janga up to death dah lah.. 

Intahanya pilihlah sahabat yang digariskan baik oleh Al Quran dan Assunah. =)
Supaya sahabat2 yang kita pilih tepat itu dapat membimbing dan memgang tangan kita untuk jalan bersama melangkah ke jannatul firdaus. InsyaAllah. =)



Thursday, March 17, 2011

Kebergantungan atau Menggantung

Hari ini, merupakan hari yang amat aku nantikan. Keputusan ujian 'Strengtth' bakal dikeluarkan. Aku yakin  akan memperoleh keputusan yang amat baik, kerana aku dapat menjawab dengan baik ujian tersebut. Aku melangkah masuk ke kelas dengan diiringi senyuman manis. Lecture seperti biasa memulakan bicara dengan seloroh biasa beliau. Selepas sejam kami belajar, tibalah waktu utk kertas ujian diserahkan. "Okay, today I'll give back all ur test paper, most of u have a great gred." kata Sir kepada kami. Katanya itu membuatkan hati aku lebih gembira. "6283" panggil Sir. Beliau lebih selesa memanggil pelajarnya dengan 4angka hujung no ID pelajar kami. "I'm here Sir" jawabku yakin. Kini kertas itu telah berada ditanganku.

Hah?? Sedetik roh ku hilang, Aku  lantas melabuhkan pungguku ke kerusi. Aku memandang keluar tingkap. Kepala ku ligat berfikir kemungkinan keputusan boleh jadi sedimikian rupa. "Failed?? Mana mungkin" hatiku tertanya lagi. Aku menyelak satu persatu kertas ujian itu. Semua jawapan terisi dengan baiknya. Cuma kecuaian aku menyebabkan semua jawapan yang tertulis ditanda pangkah. Setiap jawapan, ku iringkan kecuaian bodoh atau dengan kata lainnya 'silly mistake'. Dada berombak, terasa ingin menjerit. Hari itu, aku diam seribu bahasa. Apabila kawan ku bertanya, aku hanya akan senyum dan menyatakan yang tiada apa berlaku. Hari itu keyakinan dan kengkuhan atas kebolehan diri ku terttunduk lagi. Aku patut dapat markah yang sangt baiktapi?? Aghhh.. Nafsu marah ku kian menggelegak. Hatiku mula ingin menyalahkan takdir. Hubunganku dengan Nya kian minggir.

~Alhamdulillah... tiba2 sisa2 iman ku sempat berbisik. Alhamdulillah, Allah sempat menundukkan rasa bongkak ku sebelum 'istidraj' singgah beradu bersama diriku. imanku berbisik lagi.Fikiranku semakin merewang. Bersyukur atau Marah?? Ketika itu, berlaku lah pergelutan antara diriku, akal iman dan akal nafsu. Kemudian aku tersenyum secara tiba-tiba. Air mata mengalir. Mengapa aku boleh melupakan Mu ya Allah.Aku teringat akan status facebook seorang sahabatku.
"
Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab ,                                                                                                                                  "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai  dengan kesanggupannya.” 
             Surah al-Baqarah, ayat 286



dan lagi,


Kita bertanya : Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “
Surah Ali Imran , ayat 139.



Malam itu, dalam halaqah ku, aku tersedar bahawa kejayaan disisi Allah tidak tentu dapat keputusan baik sahaja, tetapi sejauh mana kita berusaha dalam rangka nak berubudiyah kepada Nya.Aku perlu merubah diri. Aku ingin himmah dan iradah yang kuat dan tinggi agar dapt redhaNya..