Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
-Muhammad Iqbal

Sunday, July 20, 2014

Perubahan?

Ada satu post seorang kawan di facebook yang menceritakan tentang perubahan. Maka tertarik untuk dikongsi bersama

Postnya berbunyi:

"I Wanted To Change The World"
When I was a young man, I wanted to change the world.
I found it was difficult to change the world, so I tried to change my nation.
When I found I couldn't change the nation, I began to focus on my town. I couldn't change the town and as an older man, I tried to change my family.







Now, as an old man, I realize the only thing I can change is myself, and suddenly I realize that if long ago I had changed myself, I could have made an impact on my family. My family and I could have made an impact on our town. Their impact could have changed the nation and I could indeed have changed the world.

Oleh itu ianya perlu dimlakan dari dalam diri kita. Jika tidak berjaya menundukkan jahiliyah. Jangan bermimpi mengoncang dunia.

Hasan al Hudaibi menyebut: " Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di tanah air kamu"

Tuesday, June 24, 2014

Arus Manusia

Melihat kawan-kawan semua mengejar cita-cita bekerja, membuat hati terasa sedih.
Dengan berbekal keputusan dan kemahiran yang ada, tak sukar rasanya untuk mendapatkan kerja.
Tetapi aku perlu kekal dalam perancangan hidup aku, walau ianya sedang melanggar arus kehidupan kebiasaan. "Ianya hanya gerhana, bukan terbenam Matahari".

Bangun pagi, ku renung ke tingkap, memikirkan kajian aku yang belum selesai. Kawan serumah meningglkan rumah untuk mencari rezeki. Tinggal aku berseorangan membaca artikal, dan journal di komputer. Apa citaku sebenarnya? Ku harus jelas, agar jalan ku tak goyah.

Jalanku bukan jalan biasa, maka usahaku harus luar biasa. Ya Allah bantulah aku. Adakalanya imanku sangat lemah maka diri ku akan juga lemah.


"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.'

(HR Al Hakim dan At Tabrani)

Sunday, January 19, 2014

Semakin Jauh

"Anta nampak semakin kurus la," Sapa kawanku di awal perbualan

"Ana kan mmg kurus." Jawabku sambil tersenyum

"Tapi di matri taklah sekurus ini," jawabnya. "Anta stress ke?" tambahnya lagi.

Tersentak aku seketika, Di saat itu, fikiranku mengimbau kembali saat usrah yang aku bawa selama ini. Aku sering mengingatkan sahabat bahawa celaru dan tertekannya masyarakat mencari cahaya. Dan ketika ini aku berada pula dalam kondisi tertekan. Sedangkan aku tahu di mana suis penyelesai masalah.

Pandanganku terlontar jauh ke dalam kesibukkan bandar. Tanggungjawab yang ku pikul semakin banyak. Tidaklah itu ku pinta, tetapi beratnya semakin mendadak. Ku bersangka baik kepada Allah, Pastinya ada hikmahnya walau aku rasai bukanlah aku terlayak. Kejayaan yang ingin ku gapai tidak semudah bicara lisan yang dilontar. Realiti dihadapi teramat sakit. Dengan diri kuat menjadi penghalang.

Jika aku ingin memegang dunia, aku perlu melawan seseorang terlebih dahulu. Dan orang itu teramat sukar utk ditentang. Pelbagai episod perlawanan telah ku tempuhi, sering ku jatuh. Manusia itu mambu mengubah hala tuju aku sekelip mata, dari baik ke buruk dan dari buruk ke baik. Kerap sekali aku tewas dalam perlawanan itu. Manusia itu adalah diriku.

Sesungguhnya lemah sungguh diri ini utk memikul panji penting ini. Selalu ku terdetik ingin lari menjadi manusia biasa, tetapi aku takut cintaNya hilang dan murkaNya hadir. Semakin malu dengan ketidak mampuan melakukan saranan yang diberi. Tittle murobbi ku rasa tidak layak utk ku pakai. Air mata kerap mengalir memikirkan diri.

Makanya, lidahku kerap mengucapkan doa almathurat yang aku amalkan ketika di bumi wakafan sewaktu dahulu.

"ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku belindung kepada Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia"

Aku perlukan bantuan Mu. Kerana kerdilnya aku ini dengan banyakkan nya kelemahan diri