Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
-Muhammad Iqbal

Thursday, January 8, 2015

JDK (Juang Dengan Kesungguhan) WT 2014


Assalamualaikum buat adik-adik JDK dan juga sahabat seperjuangan yang akan melalui pelbagai ranjau kehidupan selepas ini. Pertamanya, maaf sekiranya sepanjang program ana tidak banyak membantu untuk adik-adik meningkatkan iman.Tetapi, ketahuilah bahawa ana melihat setiap diri adik-adik sebagai satu aset untuk dijadikan penjaga agama islam.

Tarbiyah, mungkin suatu yang biasa didengari, tetapi tidak ramai sedar apa intipati istilah ini. Sepanjang program, elemen-elemen tarbiyah itu sering kita terapkan agar adik-adik dapat berusaha berubah menjadi yang lebih baik. Suasana yang soleh, contoh dari pakcik, makcik abang dan kakak fasi.Benda ini kami wujudkan agar adik-adik dapat merasai suasana yang kondusif untuk meningkatkan iman.

Ketahuilah adik-adik ku dengan imanlah kita akan  jadi manusia yang luar biasa. Terlampau ramai manusia mengejar untuk menjadi hebat dan popular. Tetapi tahukah adik-adik, apakah yang menyebabkan diri kita ini diiktiraf sebagai hebat, Allah telah memberi tahu kita bagaimana untuk menjadi yang terbaik.

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Ali Imran : Ayat 139)
Dengan ke IMAN nan lah diri adik-adik akan menjadi mulia dan hebat. Tidak kira lah apa jua kerjaya yang akan diceburi. Apa jua masalah yang dihadapi. Kerana musibah akan sentiasa ada. Dan imanlah akan memuliakan kita. Tanpa iman ini segala masalah tidak akan selesai, pemimpin yang zalim akan terus dilahirkan. Penindasan ekonomi, korupsi dan banyak lagi penyakit jiwa akan merebak.


Bagaimana untuk pastikan iman kita kekal sihat? Tarbiyah lah jawapannya. Tarbiyah untuk menyucikan diri dari kekotoran dan karat pekatnya jahiliyah dalam diri. Kemudiannya tarbiyah tidak cukup jika ia tidak dipraktikkan dengan dakwah. Tidak cukup untuk adik-adik hanya baik solat puasa sunat tetapi kawan-kawan sekelililing tidak langsung mendapat manfaat.

Proses-proses yang dilalui ini seharusnya tidaklah boleh dilalui bersendirian. Perlu ianya bersama kawan-kawan untuk mewujudkan suasana yang soleh agar tarbiyah bisa berjalan. Maka tidak dapat tidak adik-adik mestilah mencari suasana yang soleh ini. Carilah abang-abang dan kakak-kakak HALUANSiswa contohnya untuk kekal dalam proses semaian iman ini.

Iman yang kita cuba bina bersama adalah sumber kekuatan untuk adik-adik keluar berkerja. Tolakan iman yang benar akan menghasilkan individu yang mempunyai matlamat yang benar, yang bukan melihat dunia dengan kaca mata jahiliyiah tetapi melihat dunia dengan kaca mata islam. Melihat manusia dengan penuh pengharapan untuk membawa mereka kepada Allah.
Adik-adik telah melalui banyak modul yang amat berharga. Di luar nanti tidak ada sesiapa yang memimpin adik-adik untuk terus taat, malah ramainya mereka yang mengajak adik-adik untuk tunduk kepada manusia dan menharapkan kepada dunia semata. Kenangan manis yang ada teruslah disimpan.

Ketahuilah adik-adik yang aku cintai kerana Allah, tidaklah aku sanggup korbankan masaku untuk bersama kamu, jika tidak hanya kerana untuk memimpin tangan-tangan kamu semua untuk menuju redha Nya. Dan, agar dapat kamu tarik tanganku jika aku tergelincir dalam lembah kemaksiatan dan jauh dari Allah. Bersama kita terus berusaha agar kita ini benilai di sisi Allah.

#penggantiKemKomJDKWT2014



1 comment:

  1. Dah baca.Tahniah dan terima kasih kerana menjadi salah satu kuasa tenaga yang memajukan kami.

    ReplyDelete