Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
-Muhammad Iqbal

Thursday, March 17, 2011

Kebergantungan atau Menggantung

Hari ini, merupakan hari yang amat aku nantikan. Keputusan ujian 'Strengtth' bakal dikeluarkan. Aku yakin  akan memperoleh keputusan yang amat baik, kerana aku dapat menjawab dengan baik ujian tersebut. Aku melangkah masuk ke kelas dengan diiringi senyuman manis. Lecture seperti biasa memulakan bicara dengan seloroh biasa beliau. Selepas sejam kami belajar, tibalah waktu utk kertas ujian diserahkan. "Okay, today I'll give back all ur test paper, most of u have a great gred." kata Sir kepada kami. Katanya itu membuatkan hati aku lebih gembira. "6283" panggil Sir. Beliau lebih selesa memanggil pelajarnya dengan 4angka hujung no ID pelajar kami. "I'm here Sir" jawabku yakin. Kini kertas itu telah berada ditanganku.

Hah?? Sedetik roh ku hilang, Aku  lantas melabuhkan pungguku ke kerusi. Aku memandang keluar tingkap. Kepala ku ligat berfikir kemungkinan keputusan boleh jadi sedimikian rupa. "Failed?? Mana mungkin" hatiku tertanya lagi. Aku menyelak satu persatu kertas ujian itu. Semua jawapan terisi dengan baiknya. Cuma kecuaian aku menyebabkan semua jawapan yang tertulis ditanda pangkah. Setiap jawapan, ku iringkan kecuaian bodoh atau dengan kata lainnya 'silly mistake'. Dada berombak, terasa ingin menjerit. Hari itu, aku diam seribu bahasa. Apabila kawan ku bertanya, aku hanya akan senyum dan menyatakan yang tiada apa berlaku. Hari itu keyakinan dan kengkuhan atas kebolehan diri ku terttunduk lagi. Aku patut dapat markah yang sangt baiktapi?? Aghhh.. Nafsu marah ku kian menggelegak. Hatiku mula ingin menyalahkan takdir. Hubunganku dengan Nya kian minggir.

~Alhamdulillah... tiba2 sisa2 iman ku sempat berbisik. Alhamdulillah, Allah sempat menundukkan rasa bongkak ku sebelum 'istidraj' singgah beradu bersama diriku. imanku berbisik lagi.Fikiranku semakin merewang. Bersyukur atau Marah?? Ketika itu, berlaku lah pergelutan antara diriku, akal iman dan akal nafsu. Kemudian aku tersenyum secara tiba-tiba. Air mata mengalir. Mengapa aku boleh melupakan Mu ya Allah.Aku teringat akan status facebook seorang sahabatku.
"
Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab ,                                                                                                                                  "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai  dengan kesanggupannya.” 
             Surah al-Baqarah, ayat 286



dan lagi,


Kita bertanya : Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “
Surah Ali Imran , ayat 139.



Malam itu, dalam halaqah ku, aku tersedar bahawa kejayaan disisi Allah tidak tentu dapat keputusan baik sahaja, tetapi sejauh mana kita berusaha dalam rangka nak berubudiyah kepada Nya.Aku perlu merubah diri. Aku ingin himmah dan iradah yang kuat dan tinggi agar dapt redhaNya..

3 comments:

  1. Stay strong my dear brother!
    Mungkin kejayaan itu ditangguh sebentar sahaja.
    Just hold on to your faith and keep the hard work!

    ReplyDelete
  2. Allah sangat suka mendengar nyanyian doa hambanya yang beriman. Jadi ALLAH tangguhkan dulu kejayaan untuk dia dapat terus mendengar doa.

    Be strong Saiful Islam.!

    ReplyDelete
  3. Malaikat : Ya Allah, kenapa Kau biarkan mereka kesusahan?

    Allah : kerana Aku suka mereka menyebut namaKu

    ReplyDelete