Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
-Muhammad Iqbal

Sunday, January 19, 2014

Semakin Jauh

"Anta nampak semakin kurus la," Sapa kawanku di awal perbualan

"Ana kan mmg kurus." Jawabku sambil tersenyum

"Tapi di matri taklah sekurus ini," jawabnya. "Anta stress ke?" tambahnya lagi.

Tersentak aku seketika, Di saat itu, fikiranku mengimbau kembali saat usrah yang aku bawa selama ini. Aku sering mengingatkan sahabat bahawa celaru dan tertekannya masyarakat mencari cahaya. Dan ketika ini aku berada pula dalam kondisi tertekan. Sedangkan aku tahu di mana suis penyelesai masalah.

Pandanganku terlontar jauh ke dalam kesibukkan bandar. Tanggungjawab yang ku pikul semakin banyak. Tidaklah itu ku pinta, tetapi beratnya semakin mendadak. Ku bersangka baik kepada Allah, Pastinya ada hikmahnya walau aku rasai bukanlah aku terlayak. Kejayaan yang ingin ku gapai tidak semudah bicara lisan yang dilontar. Realiti dihadapi teramat sakit. Dengan diri kuat menjadi penghalang.

Jika aku ingin memegang dunia, aku perlu melawan seseorang terlebih dahulu. Dan orang itu teramat sukar utk ditentang. Pelbagai episod perlawanan telah ku tempuhi, sering ku jatuh. Manusia itu mambu mengubah hala tuju aku sekelip mata, dari baik ke buruk dan dari buruk ke baik. Kerap sekali aku tewas dalam perlawanan itu. Manusia itu adalah diriku.

Sesungguhnya lemah sungguh diri ini utk memikul panji penting ini. Selalu ku terdetik ingin lari menjadi manusia biasa, tetapi aku takut cintaNya hilang dan murkaNya hadir. Semakin malu dengan ketidak mampuan melakukan saranan yang diberi. Tittle murobbi ku rasa tidak layak utk ku pakai. Air mata kerap mengalir memikirkan diri.

Makanya, lidahku kerap mengucapkan doa almathurat yang aku amalkan ketika di bumi wakafan sewaktu dahulu.

"ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku belindung kepada Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia"

Aku perlukan bantuan Mu. Kerana kerdilnya aku ini dengan banyakkan nya kelemahan diri