Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
-Muhammad Iqbal

Monday, March 19, 2012

Kesempitan Pemikiran Rakyat

Isu Palestin di bawa ke Malaysia adalah untuk menanam kesedaran kepada rakyat Malaysia atas kesengsaraan rakyat Palestin , dirampas tanah, dibunuh dan ditindas oleh rejim zionis israel, agar kita dapat bersama membantu suara mereka..

Apabila di luar negara, mereka menerima isu ini dengan mengkaji kronologi dan peristiwa yang berjalan di Palestin sana.

Tetapi, apabla tiba di Malaysia, isu ini pula dipolitikkan dan dijadikan aset untuk menuding jari kepada musuh politik masing-masing pula, disebelah sana tuduh sana ejen, di sana tuduh sana apco, 





Aku bukanlah membenci politik, kerana politik itu menjamain kestabilan kebajikan masyarakat, tetapi apa yang aku bencikan adalah kepada mereka yang tidak bijak memacu hala tuju politik itu. Adakalanya kita memerlukan perbincangan dari asyik perdebatan
 

akhirnya, usaha untuk membangkitkan kesedaran tidak berhasil, rakyat muak dengan istilah palestin, suara minta bantuan mereka semakin malas hendak didengari dan dibantu oleh sesetengah pihak, mereka semakin jelek dengan istilah "israel"..

Tak boleh ke ubah cara berfikir rakyat Malaysia, bukan semua perkara perlu dipolitikkan...~